Monday 12 November 2012

Penanaman sayur-sayuran secara Hidroponik













Menanam Sayur-Sayuran secara Hidroponik

1.  Satu kaedah menanam sayur tanpa tanah sebagai medium sebaliknya  menggunakan air sahaja.
2. Air tersebut dilarutkan dengan nutrien dan mineral sebelum disalurkan kepada tanaman.
















Kebaikan tanaman hidroponik:















Jenis-jenis sayur yang sesuai:
a)   Sayuran jangka pendek
      i ) Jenis sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kailan dan kubis.

b)  Sayuran jenis berbuah sperti timun, tomato, terung dan cili.

c)  Tanaman ulaman seperti pegaga, pudina, dan ulam raja.














Terdapat pelbagai jenis penanaman secara hidroponik
 1. Antaranya  ialah
      i ) Sistem Hidroponik Kultur Air Takung ( KAT )
     ii ) Hidroponik Kultur Air Dalam
    iii ) Hidroponik Kultur Aeroponik
 2.  Perbezaan  ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaannya.
      Aeroponik memerlukan kos yang tinggi . Ini adalah disebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan
      palong berteknologi tinggi. Manakala hidroponik adalah asas kepada aeroponik hanya memerlukan kos
      yang rendah tanpa kos pam dan palong.
3.  Kaedah hidroponik adalah salah satu cara tanaman yang paling senang, murah dan juga mudah
     dilaksanakan. Ia boleh dijadikan sebagai hobi atau dibuat secara besar-besaran. Sistem ini boleh
     memberi hasil yang lumayan kepada petani-petani dan juga suri rumah.



 Hidroponik Kultur Aeroponik







Fungsi bahagian-bahagian Takung Hidroponik
















 1.  Takung  Hidroponik

       

 a ) dibuat daripada plastik atau gentian kaca ( fibre glass)

b ) untuk menakung larutan nutiren atau larutan baja bagi tanaman
     hidroponik.





2.  Penutup takung

a ) untuk menutup takung yang bertindak sebagai
     pelindung daripada cahaya matahari, air hujan
     dan kotoran.

b ) pada bahagian penutup terdapat lubang untuk
     menempatkan cawan atau bakul medium.

c ) dibuat daripada bahan polisterina.






3. Cawan


a ) dibuat daripada plastik.

 b ) bekas untuk mengisi medium dan biji benih
      tanaman hidroponik.









4. Medium semaian


a ) bahan-bahan seperti benang, span, atau kapas
     digunakan sebagai medium.

b ) medium akan menyerap air dan larutan nutrien
     untuk dibekalkan kepada biji benih atau sayuran
     yang ditanam.

c ) berfungsi sebagai medium percambahan biji
     benih.




5.  Baja hidroponik

 a ) untuk membekalkan larutan nutiren  sebagai
      makanan sayuran yang ditanam.












Memasang bahagian-bahagian takung hidroponik

1.  masukkan medium ( benang ) ke dalam cawan medium. Tarik medium supaya terjuntai ke bahagian
     bawah cawan.


 2.  masukkan cawan yang bermedium ke dalam lubang pada penutup takung.


 3.  isikan air ke dalam takung sehingga 3/4 bahagian. Kemudian, campurkan larutan baja hidroponik.



4.  tutup takung yang telah diisikan air dan larutan baja hidroponik dengan penutup takung.

Cara-cara menyemai biji benih 













1.  Celup dan basahkan medium sebelum menyemai biji benih.
2. Masukkan tiga atau empat biji benih sayuran ke dalam setiap cawan.
3. Tutup cawan dengan surat khabar selama tiga hingga lima hari. Elakkan daripada pancaran cahaya
    matahari supaya lumut tidak dapat tumbuh pada benang dan cawan.
4. Biarkan biji benih bercambah dan tumbuh di dalam cawan. biji benih yang bersiaz kecil seperti sawi dan
    bayam lebih cepat bercambah.
5.   Setelah biji benih bercambah sepenuhnya, buang  penutup surat khabar tersebut.
6.  Siram anak benih sekadar perlu pada awal pagi.
7.  Pindahkan anak benih yang sihat ke dalam takung ketika berumur tujuh hingga 10 hari dan mempunyai
     tiga hingga empat helai daun.
8.  Pindahkan anak benih ke takung pada awal pagi atau petang.


 Anda juga boleh melayari alamat internet seperti berikut untuk menonton video penanaman hidroponik.

         http://suprememastertv.com/ina/pe/?wr_id=67


 LATIHAN LATIH TUBI

 Kenalpasti bahagian takung hidroponik yang berikut dan nyatakan fungsinya.


1.  
     
 Nama bahagian:____________________

Fungsi : ___________________________
             ___________________________
            ____________________________




2.
Nama  bahagian : _________________

Fungsi : _________________________
            _________________________
            __________________________









3.
 Nama bahagian : ___________________

Fungsi : ___________________________
            ____________________________
            ____________________________









4.
 Nama bahagian : ________________

Fungsi : ________________________
            ________________________
            _________________________









5.
 Nama bahagian : _______________

Fungsi : _______________________
            _______________________
            ________________________